Wednesday, 27 August 2014

Tip menyusu untuk ibu

Assalamualaikum & selamat pagi ibu2 sekalian..ke ade jugak bapak2 yang bace nih? Eloklah..untuk panduan si isteri jugak kan..okay, hari ini saya nak kongsi tip menyusu.mungkin ibu2 dah sedia maklum..tp saya nak share jugak..kut2 ada yang belum tau@ dah tau tapi nak tambah ilmu pengetahuan..

Okay, Ada 21 tip kesemuanya..mungkin ade byk lagi tapi saya ingat yang ni je.kalau ade ibu2,nak tambah tip yg berguna..silakan komen..

1) Tulis & tetapkan matlamat penyusuan
Tak nak tulis takpe...tapi niat tu mesti tersemat dalam hati ibu2 ye..
2) Cari jawapan 'kenapa saya mahu menyusukan anak'
Buat senarai..bila byk kita senaraikan sebabnya..makin semangat kita nak susukan anak kita kan kan..
3) Kumpulkan kebaikan penyusuan
Byk kebaikannye..tak caye? Cube senaraikan..
4) Hadiri kelas penyusuan
Ni pon penting jugak join kelas..dapat bakar semangat nk menyusu membuak2 org kate..Tp saya tak berpeluang nak g kelas lg.hihi..
5) Sediakan dairi penyusuan
Bagus jugak ada dairi khas utk menyusu..suke2..
6) Membeli Pam susu yang berkualiti
cth saya anak ke-3 baru dapat beli medela fs..beli kat sis Aja mybreastpumpshop..ade free gift..sebelum ni pakai spectra3 je tp amat berjasa. Tapi kalau nak murah skrg boleh dpt kat pumponthego..siap jual yang basic medela fs..murah tau.
Ni gambar medela + free gift dr sis Aja.

7) Susukan bayi di awal kelahiran.
Biase lepas bersalin nurse akan bg anak kat kita supaya dapat susukan anak.
8) Berada di bilik yang sama dengan bayi.
Cth sy mase bersalin premature baby ke-2, sy request rooming dgn baby mase di nicu..mase tu baby tak pandai isap lagi, jd sy pump & simpan di fridge kat situ.
9) Susukan bayi secara terus
Kita bagi direct..tak payah nak pakai botol..maksud sy disini mase pantang la.@ masa bersama anak tu.kalau dah start hantar Pengasuh terpaksa pakai botol jugak.
10) Susu ibu sahaja 6 bulan pertama.
Ishh..takkan nk 6 bulan je.dah beli pam mahal2..hihi..ni paling busuk la 6bln..selagi boleh Susukan anak..sila teruskan.
11) Mula sediakan stok perahan.
Tip nak Pam usu nak share jugak lah:
# mula pam sebelah pagi lepas Susukan bayi
# Mandi air suam untuk rangsang pengeluaran susu
# minum segelas air suam + sekeping roti sebelum pam
#duduk pada posisi selesa
# Pam susu lebih kurang 20minit
# Simpan susu dalam peti sejuk(bukan beku ye)
# 2 sesi perahan berbeza waktu boleh campur & simpan beku.
Ni antara stock Sekarang..penuh dah.

12) Atur jadual mengepam 

Sibuk macam mane pon kerja..mesti curi2 mase untuk Pam.

13) Tiada jangkaan kuantiti susu perahan

Haahh..ni penting..jgn nak target susu kita perah hari ni sama macam esok, semalam..kalau hari ni kerja byk..stress..mane nk dpt kuantiti susu macam semalam.senang citer buat releks je.
14) Rehat secukupnye.
Ni pon sgt penting..kalau rehat tak cukup...stress tak? Stress..jd pastikan rehat ibu2 cukup untuk hasilkan susu yang banyak..hihi
15) Minum air secukupnye.
1 hari ibu2 tau kan kita perlu brape liter satu hari..3L okay.
16) Pemakanan berkhasiat..
Ibu2 kalau boleh maintain makan macam dalam pantang..semua kita makan makanan yang boleh hasilkan susu byk..cth sawi.
Lobak putih..Tempe...madu..teruskanlah pemakanan macam tu..sekarang byk supplement untuk ibu menyusu..bagi yg ingin cuba tak salah beli daripada kita beli susu formula kan?!
17) Sentiasa positif & tenang
Kan tadi saya cakap..ibu2 jgn stress..rileks je.
18) Dapatkan pengalaman Ibu yang berjaya dalam penyusuan..
Macam saya..hihi..takdela..ramai ibu2 kat luar yang berjaya..contoh usahawan Suraya Ali.seorang ibu yang berjaya menyusukan tiga anaknye..tip ni dari buku die lah..siapa nak buku Cari Cik sue ni ye. Byk lagi produk lain Cik sue Ada.sy beli cloth diapers dgn Cik sue@ lunatots..hihi..ni modelnye..lari tajuk plak..

19) Mengepam dengan konsisten.
Ingat...Pam dgn konsisten..jgn termiss plak ye..hihi
20) Teruskan penyusuan waktu malam.
Malam tu bagi direct je ye..baru feel seorang ibu...rangsangan Ibu menjadikan susu ibu mengalir dengan banyaknye.
21) Jangan beri anak isap puting tiruan.
Memang tak bagus pon..sian anak isap puting kosong..takde kuar susu..huhu..cedih..


Okaylah..dah habis sesi sharing is caring..next time kita share hal lain plak.

Nilah 3 permata hati hasil susu ibu..alhamdulillah.